Sunday, February 13, 2011

kata-kata inspirasi terhadap orang yang mengalami kegagalan....


Kepada individu yang ada rasa nk berputus asa selepas mengalami kegagalan, anda fikir-fikirkanlah semula niat anda itu..seseorang itu tidak akan menghargai kemanisan sesuatu kejayaan sekiranya tidak merasai kepahitan sesuatu kegagalan..di bawah ni saya ada sediakan beberapa lagi kata-kata semangat yang mungkin boleh menimbulkan celik akal anda..INSYAALLAH....
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

No comments:

Post a Comment