Sunday, February 13, 2011

Fakta Menarik Dunia...




BOM ATOM
Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan 
kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga 
pekerja yang ramai. 


 
MAJLIS PERTUNANGAN
Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah 
dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) 
ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin 
disarungkan ke jari hantu. 


 
MAHARAJA MOROCCO
Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 
525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan 
oleh 1,703 orang isterinya. 


 
BERAS
90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua 
Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 
177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta 
tan metrik. 


 
TAHUN BARU CINA
Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin 
untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka 
membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja. 


 
PULAU BATU HAIRAN
Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, 
Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau 
ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter 
tinggi, ditemui pada 14 April 1988. 

 

PAPUA NEW GUINEA
Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk. 


 
MICROPATENT
Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti 
di seluruh Amerika Syarikat 

  

kata-kata inspirasi terhadap orang yang mengalami kegagalan....


Kepada individu yang ada rasa nk berputus asa selepas mengalami kegagalan, anda fikir-fikirkanlah semula niat anda itu..seseorang itu tidak akan menghargai kemanisan sesuatu kejayaan sekiranya tidak merasai kepahitan sesuatu kegagalan..di bawah ni saya ada sediakan beberapa lagi kata-kata semangat yang mungkin boleh menimbulkan celik akal anda..INSYAALLAH....
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

TEKNIK BELAJAR BERKESAN...




Entry saya pada kali ini mungkin agak panjang dan memerlukan anda untuk menumpukan perhatian kepada setiap info yang dinyatakan. Walaubagaimanapun, sekiranya anda berjaya menguasai segala input yang dinyatakan di dalam entry ini,maka anda mungkin akan Berjaya menemui dan menguasai kaedah belajar yang paling sesuai dengan diri anda..selamat membaca.....~

Pengenalan

       Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
       Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.




 Teknik Belajar 5R-STUV
1.     Recopy                           [salin semula]
2.     Rework all model 5 x           [buat semula contoh/cepat/5x] 
3.     Recite out loud Repeatedly      [lafaz kuat berulang kali]
4.     Recheck                        [semak semula]
5.     Reasonnablenes               [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1.     s-sumarize                  [ringkaskan nota penting]
2.     t-test your self            [uji diri anda]
3.     u-use                      [gunakan]
4.     V-visualize                [bayangkan selalu]



Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
1.     Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik             belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

2.     Masa terbangun di tengah malam ( Belajar seperti No.1)

3.     Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.

4.     Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5.     Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6.     Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)

7.     Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)

8.     Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)

9.     Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10.    Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

11.    Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain  lagi)

12.    Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)

13.    Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)

14.    Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15.    Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)

16.    Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)

17.    Masa berada dalam bas ( baca kad nota)

18.    Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

19.    Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)

20.   Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)



MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG
MASA BELAJAR WAKTU SUBUH


Lain-lain masa yang perlu diurus.
1.     Masa ditelipon-pendekan perbualan

2.     Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)

3.     Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)

4.     Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)

5.     Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)

6.     Masa mendengar radio(kurangkan masa)

7.     Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)

8.     Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.




Teknik Belajar PV3R
1.     Preview (tinjauan awal)

2.     Question (soal diri)

3.     Read & Underline (Baca,garis dan tanda)

4.     Recite & write (lafaz dan tulis nota)

5.     Review (tinjauan akhir)

6.     Sumarize (ringkaskan)

7.     Test your self (uji diri anda)

8.     Use (gunakan)

9.     Visualize (bayangkan)





7 Cara Cemerlangkan Otak
1.     Positive mental attitude & positive physical action.

2.     Air-clean air for the brain.

3.     Mental Challenges for the brain.

4.     Food for the brain.

5.     Exercise for the brain.

6.     Sleep for the brain.

7.     Meditation & power brain.


Amalan peningkatan daya ingatan
1.     Faham.

2.     Jarakkan/pecahkan masa belajar.

3.     Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.

4.     Percaya pada diri sendiri.

5.     Ulang berkali-kali.

6.     Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.

7.     Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.

8.     Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

AMALKAN SEMOGA BERJAYA







R

deep meaning...


Sesuatu yang lebih
Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
~ Thomas Jefferson



Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Vision without execution is a daydream. Execution without vision is a nightmare.
~ Japanese Proverb


Hidup ini singkat. Tidak ada waktu untuk meninggalkan kata-kata penting tak terkatakan.
Life is short. There is no time to leave important words unsaid.
~ Paulo Coelho



Cara memulai adalah dengan berhenti berbicara dan mulai melakukan.
The way to get started is to quit talking and begin doing.
~ Walt Disney



Fikiran kita ibarat paying , hanya berfungsi ketika terbuka.
Minds are like parachutes – they only function when open.
~ Thomas Dewar



Kejayaan adalah sebuah perjalanan, bukan tujuan akhir
Success is a journey, not a destination.
~ Ben Sweetland



Mereka yang dapat memberi tanpa mengingat, dan menerima tanpa melupakan akan diberkati.
Blessed are those that can give without remembering and receive without forgetting.
~ Author Unknown


Jerawat,tips dan petua..


Kali ini sekali lagi saya buat entry pasal jerawat..bukannya apa, jerawat ni memainkan peranan penting jugak dalam kehidupan kita..jika ada jerawat, maka sedikit sebanyak ia akan mengganggu penampilan kita kan..ada ke korg tgk muka org yang makin ada jerawat makin lawa???takde kan??so sebab tu la saya post kan entry ni untuk tatapan kita supaya maklumat ini dapat membantu anda dalam menjaga penampilan diri..jika penampilan anda menarik maka ia juga akan mepengaruhi self esteem kita, dan seterusnya akan membantu menambahkan keyakinan diri kita untuk menjalani kehidupanj seharian...betul tak??aa..saya post pasal jerawat ni bukan sekadar suka-suka je...:

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat.


  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.

Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


Rawatan Untuk Jerawat.



  • Liang yang tersumbat harus dibuka.

    Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
  • Mengurangkan jangkitan bakteria.

    Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".
  • Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

    Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.